04 June 2012

Dapur (1) : Mi Lidi ala NSAG :)


Assalamualaikum & salam sejahtera .

Entri ni lame dah nak update tp hari tu masak mi ni lupa plak nak ambik gambor nya . Jadinya , kita masak jugaklah. Tp ambik gambar dr incik Google jela ! yeeaaayy . Jom memasak ala-ala NSAG pnya style . . Oke , style aku kalau masak suke main campak2 je ( ta sukat laa ) then bile org tanya resepi mula menggelabah x tahu nk jawab ape kan . hehehe .


Bahan-bahan yang diperlukan :
- Bawang besar / bawang merah
- Bawang putih
- Lada hitam
- Mi Lidi
- Ikan bilis 
- Sos tiram
- Garam
- Minyak masak
- Air
- sayur ( bagi yg suka isi je )

*************
Cara-cara masak :

1. Rebus mi lidi


2. Panaskan minyak dalam periuk

3. Tumis bawang putih , bawang besar / bawang merah kemudian masukkan bawang kisar . *tumis sehingga naik bau

4. Masukkan ikan bilis yg ditumbuk ke dalam periuk dan gaul sebati

5. Kemudian , masuk air ( kalau suka kuah melimpah masuk banyak la air , kalau suka kuah sikit masuk air sikit . hehehe )

6. Seterusnya , masukkan sos tiram (ikot citarasa nk letak byk mana) & garam *garam jgn letak byk sgt sbb sos tiram dah masin.. pandai2 la rasa oke

7. Biarkan kuah menggelegak sedikit kemudian masuk mi lidi dan lada hitam ( yg ditumbuk kasar ) *bg yg x suka lada hitam , ta yah isi banyak sgt

8. Pastikan kuah agak pekat *baru sedap . hehehe*

9. Hidangkan . .

"SELAMAT MENCUBA . SEMOGA BERJAYA"

NotaKakiTangan : bagi yg suka ayam , letak ayam . suka daging , letaklah daging .

Officially "resepi" by NSAG
 
Golek-Golek